Followers

Welcome Friends

Saturday, March 12, 2011

~sesekali akak teringin....meluahkan perasaan~

Assalamualaikum teman2 semua...
ape khabar..?akak sentiasa doakan semuga teman2,
sahabat handai,jiran2,saudara mara,adik beradik semua
sihat walafiat dan sentiasa diberkati oleh ALLAH
hendaknya...AMIN..
Lama gak akak tak singgah kat blog akak ni...
bukan tak de citer or xtvt tapi akak rasa selain dari
mendeco,menjahit,melukis dan sikit2 ade bahan jualan,akak
tak rasa nak berkongsi dengan semua,bukan nak mengata atau
nak memerli saper2,kalau setakat terbatuk,selesema,terkucil
atau somi balik ker tak ker,elektrik terputus ke,w/mechine rosak ke..
baik tak payah lah....
akak tak punya banyak masa tuk tu semua...
minta maaf ye jika ade yg terasa atau tersinggung..
bukan niat akak tuk menyinggung saper2 atau mane2 pihak..
blog masing2,suka hati masing2 lah kan..?nak tulis ape ker..
nak buat ape ker...
blog akak bukan blog peribadi atau sebagai diari
atau blog tuk meluahkan perasaan atau nak berjiwang2..
itu bukan akak....tertubuhnya blog akak kerana minat mendeco
dan menghias kediaman..
cuma sesekali akak terpanggil juga tuk meluahkan perasaan yg terpendam..
apa lagi sejak kebelakangan ni akak selalu kurang sihat..
sejak tahun lepas lagi penyakit akak ni dah bertandang dlm diri akak..
akak sentiasa risau ,tak selesa dan kerap kehospital tuk rawatan..
maka atas sebab2 tak selesa tu lah akak kurang aktif berblog atau pun
berjumpa kawan2... dan dari situ juga pelbagai spekulasi yg menyerang
akak,pelbagai tohmahan dan andaian yg akak dengar..
andai ape yg diperkatakan itu betul,maka ianya telah menjatuhkan maruah
dan mengaibkan akak..
andai apa yg diperkatakan itu tidak betul,maka itu telah memfitnah
akak..
akak rasa kita sebagai umat Islam,sedia maklum atas hukum org yg memfitnah atau
menyebarkan berita2 yg belum tentu betul tidak nya..
akak rasa sebagai kawan,KALAU BETUL LA DIA BOLEH DISEBUT SEBAGAI KAWAN,sepatutnya mempertahankan maruah atau menutup
segala prasangka buruk org terhadap akak,tapi tidak,dia pula yg mereka2 dan menyebarkanya..
Hamba Allah yg mengaku kawan akak ni telah menyebarkan khabar buruk tentang akak...
mungkin kerana ingin tahu yg mendalam dan selalu keinginan nya tuk bertandang keumah
akak,tak dapat akak penuhi,atas sebab2 akak tak mau dilihat oleh sesiapa saje,
sewaktu akak sakit,maka beliau telah membuat andaian demikian...
sewaktu akak sakit,bukan saje akak tak mahu menerima tetamu,tuk duduk berbual dan makan dengan anak2 pun agak payah,betapa berat rasanya penderitaan yg akak tanggung..
dan tuk bersolat pun akak kurang selesa dan agak payah..
cuma anak2 dan suami je yg tahu betapa sakitnya akak..
akak redha jika ini ujian yg ALLAH berikan tuk akak..
ade masa jika penyakit akak tidak menyerang,akak akan seperti biasa,
selesa bersolat dan melakukan xtvt harian...
tak pe la kalau beliau sendiri yg membuat andai..ni tidak,disebarkan pulak pada sesiapa saje yg bertanyakan hal akak padanya..
sedangkan kenal beliau pun tak lama dan tak tahu pun asal usul dan akak
sendiri tak pernah bercerita padanya atau sesiapa pun hal2 akak secara peribadi..
kalau lah u ols semak balik setiap n3 akak,sejak akak berblog,akak tak pernah bercerita hal2 family atau peribadi pd public,ini janji akak pada suami yg
memberi IZIN tuk akak berblog..
macam mane pulak kawan yg mengaku kawan ni kononya
boleh tahu segala hal peribadi akak...?
tak pe la,mungkin ini UJIAN dan DUGAAN Allah tuk akak..akak redha..
akak sentiasa memaafkan,cuma akak takut beliau tak sempat bertaubat
dan meminta maaf..
maklum la sekarang ni,bukan saje org sakit yg pergi dulu dijemput ALLAH..
org yg sihat,muda remaja,cergas dan ceria pun cepat dijemput ALLAH..
dan sekarang ni dunia semakin tua segala perbuatan kita akan dibayar
cash oleh ALLAH...
sejak keluar dari hospital,akak boleh menjalankan xtvt akak seperti biasa
ALHAMDULILLAH,syukur pada mu ya ALLAH..
Dapat la juga akak menyiapkan segala tempahan yg akak ambil sejak
awal tahun kelmarin..
dan pada yg menempah atau berurusan dengan akak,
akak minta maaf ye sebab
pergerakan akak agak lambat dan mungkin terlalu lambat atas
segala urusan..
InsyaALLAH tempahan atau janji2 yg akak katakan akan akak
kotakan tapi harap bersabar ye...
Terimakasih pada yg selalu sms,email atau PM melalui facebook
bertanya khabar..
rasa2nya dlm ramai2 yg sms atau pm atau email bertanya khabar tu,
rata2 kawan2 yg baru akak kenal dan kawan atau jiran2 lama...
mane pegi kawan2 yg mengaku kawan rapat,klu jumpa berpeluk cium,
yg mengaku cium molot dan berlaga2 pipi....?
hanya ALLAH saje yg tahu,wallahualam..
renung2kan dan selamat beramal..
wasalammmmm...

1 comment:

  1. Salam,
    lama akak tidak menjenguk ke sini...baru tahu cerita Yah sakit...maaf kan akak ...InsyaAllah moga tidak terlambat untuk turut sama berdoa agar kesihatan Yah kembali pulih seperti sediakala dan dapat melakukan amal ibadat dan aktiviti harian yang lain..semoga sihat berbahagia bersama keluarga...Amin.

    Kak Azzah8
    http://www.nostalgialama.blogspot.com

    ReplyDelete

~BlOg DeCoR-dEcOr~