Followers

Welcome Friends

Showing posts with label kad hari ibu. Show all posts
Showing posts with label kad hari ibu. Show all posts

Sunday, May 9, 2010

Petik kad & Bunga hari ibu

Assalamualaikum ibu,mama,mamy,emak,bonda,umi
atau apa jua gelaran yg dipanggil...
semuga semua ibu2 diluar sana beroleh kebahagian
dan kesejahteraan dan sihat walafiat hendaknya
disamping keluarga tercinta..
memang betul ada setengah org berkata,hari ibu
tak sepatutnya cuma pada hari ini saja,sepatutnya hari ibu
diingat dan dirai setiap hari...
sebab dari perut ibu lah kita dilahirkan,ibu juga lah yg
menyusukan,ibu juga lah yg bersengkang mata menjaga siang/malam
waktu sihat,demam,panas dan sejuk..
ibu lah yg mendakap kita...
beruntung pada yg masih punya ibu atau ibu mertua..
dan pada saper yg telah tiada ibu kandung dan masih punya
ibu mertua,rawat dan berilah kasih sayang kamu kepada
ibu mertua seperti ibu kamu sendiri..
minta doa dan restu darinya setiap pagi sebelum kamu
memulakan hari kamu...
dan pada yg telah menjadi ibu,jadilah ibu yg disayangi oleh anak2
dan jadilah ibu yg sentiasa mendoakan anak2 dan mengampunkan anak2
pada setiap doa selepas solat dan sentiasa redha dgn setiap perlakuan
anak2...
kerana sesungguhnya kata2 dan ungkapan ibu pd anaknya menjadi satu doa..
DAN KERANA SYURGA TERLETAK DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU



dari kak azah(one day in my life)



dari ina,pinkmama(gardenat08)



dari gee(my little pesona)



dari inna(merahsamar cottage)

terima kasih pada yg sudi memetik bunga dan kad dari blog akak..
dan akak juga berbesar hati memetik dan mangambil kad dari blog
u ols,tapi tak semua yg dapat akak petik,harap maaf ye...
semuga kita semua menjadi ibu yg sentiasa mendoakan kebahagian anak2,
semuga anak2 menjadi anak2 yg berbakti pd kedua ibubapa,InsyaAllah..
dan anak2 yg sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segala urusan..
dijauhkan segala bencana,sentiasa beroleh kesihatan yg baik..
kerana ibu akan tenang dan bahagia jika anak mereka sihat dan bahagia...
dan sama2 kita berdoa dan sedekahkan ALFATIHA kepada ibu2 yg telah
pergi kerahmatullah terlebih dulu dari kita...ALFATIHA..
Amin.....
SELAMAT HARI IBU..!
wasalam

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu untuk semua...

Assalamualaikum...
sempena menyambut hari ibu minggu ni
akak dengan bangga dan berbesar hati serta
seikhlas hati ingin menghadiahkan sejambak atau sekuntum
bunga,semestinya rose kepada semua teman2 bloggers
tak kira dari blog mana pun u ols..
blog decor english,blog antik,blog masak2,blog fesyen
atau apa2 je la..
asalkan u ols bergelar IBU,atau bakal bergelar IBU,IBU MERTUA atau NENEK
DAN tak lupa juga pd yg pernah bergelar IBU
sudi2kan lah ye, petik dan tepek kat blog u ols
1 diantara 3 bunga dibawah ni atau klu nak amik
semua pun boleh...
atau pilih la yg mana u ols suker..










dan dikesempatan ini akak juga ingin mengucapkan ribuan terimakasih
pada yg menghantar sms sempena hari ibu
pada adik beradik,anak2 saudara,teman2 dan rakan2 bloggers
serta teman2 silent readers semua...dan yg teristimewa ucapan dari
anak2,menantu dan suami tersayang..

rasanya tahun ni terawal ucapan yg akak terima sepanjang
bergelar ibu..terimakasih untuk semua..sayang u ols muahhhhhh..
terimakasih sekali lagi,terharu ni...
dan pada semua ibu2 terima lah ucapan ini:-


YA ALLAH,WANITA YG SEDANG MEMBACA UCAPAN INI ADA LAH
SEORG IBU YG CANTIK,KUAT,SABAR..
KAU TINGKATKAN LAH KEHIDUPANYA DGN REZEKI YG BERKAT..
KAU RAHMATILAH SETIAP LANGKAHNYA DLM MENCARI REZEKI DEMI
KELUARGANYA..
KAU BERSIHKANLAH HATINYA..
KAU KUATKANLAH IMANYA..
KAU PELIHARAKANLAH DIRINYA DARI FITNAH..
AMIN YA RABBILALAMIN..
SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA IBU2 YG BERADA DIDUNIA INI

dan mari kita mendoakan dan sedekahKAN ALFATIHA pada ibu2 yg telah pergi
dahulu mengadap ILAHI,termasuk ibu dan ibu mertua akak,
semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2
yg beriman,AMIN...

Wasalam

~BlOg DeCoR-dEcOr~